Monday, February 16, 2009

SIFAT DAN CARA TERTAWA NABI SAW

Sebagai manusia pilihan, Rasulullah SAW juga mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang dimiliki oleh manusia biasa. di antara sifat beliau ialah tidur, makan, buang hajat, marah, sedih, menagis, senyum, tertawa dan sebagainya.

1. meletakkan tangan di mulut

sifat dan tertawa Nabi Muhammad SAW digambarkan melalui hadith berikut:
'bila Nabi tertawa, beliau akan meletakkan tangan di mulut baginda dan bila terjadi sesuatu yang menggembirakan, baginda akan mengucap syukur kepada Allah, bila berbicara, baginda senantiasa tersenyum' (Riwayat Abu Dawud dan Abu Musa).

2. sambil tidur

diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim dari Anas bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW, tidur siang hari di sisi Ummu Haram bin Mulhan, ibu saudara Anas, kemudian beliau bangun seraya tertawa. lalu Ummu Haram bertanya, 'Mengapa engkau tertawa, wahai Rasululah?
Nabi bersabda, 'Ada bebrapa orang dari umatku yang diperlihatkan kepadaku berperang fi sabilillah. mereka menyeberangi lautan seperti raja-raja naik kenderaan'.
Ummu Haram berkata ' Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar Allah menjadikan saya termasuk di kalangan mereka'. lalu Rasulullah SAW mendoakannya.
dikisahkan bahawa Ummu Haram ikut menyeberangi lautan pada zaman Uthman bersama suaminya Ubadah Ibn al-Shamit ke Qibris. kemudian ia jatuh dari kenderaannya (setelah menyeberang) disana, lalu meninggal dan dikubur di negara tersebut, sebagaimana yang dikemukakan oleh para ahli sejarah.

3. Tampak gigi geraham

kata Aisyah, 'Aku biasa bermain-main dengan boneka perempuan di sisi Rasulullah SAW dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah, tetapi baginda malah senang dengan kedatanagan kawankawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersamaku'. (riwayat Bukhari dan Muslim).
dalam salah satu riwayat diterangkan 'Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu hari bertanya kepada Aisyah, 'Apa ini?' Jawab Aisyah, 'Ii anak-anak perempuanku (boneka perempuanku).' kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, Apa yang di atasnya itu? jawab Aisyah, 'Itu dua sayapnya.' kata Rasulullah , 'Apa ada kuda yang bersayap?' jawab Aisyah, 'Belumkah engkau mendengar , bahawa Sulaiman bin Dawud a.s mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?' kemudian Rasulullah Saw tertawa sehingga tampak gigi gerahamnya.' (riwayat Abu Dawud).

*"tertawa yang disukai, tertawa yang dibenci Allah"- Abdul Majid S

1 comment:

  1. Bestnyer............semoga kita menjadi ummat nya yang selalu mencintai baginda

    ReplyDelete