Tuesday, February 3, 2009

KEUTAMAAN MALU


ABU HURAIRAH R.A MENCERITAKAN, BAHAWA NABI SAW BERSABDA: IMAN MEMILIKI LEBIH DARI ENAM PULUH CABANG, DAN MALU ADALAH SALAH SATU CABANG IMAN (HR BUKHARI DAN MUSLIM)

dalam hadith ini, Rasulullah Saw memberikan penjelasan tantang kandungan iman yang meliputi pelbagai perbuatan terpuji dan pelbagai karakteristik yang mulia. baginda menegaskan bahawa cabang iman sangat banyak jumlahnya, yakni lebih daripada enam puluh.

malu adalah suatu etika yang mendorong pemiliknya untuk menghindari hal-hal yang buruk dan mencegahnya dari kelengahan dalam memberikan hak kepada pemiliknya. sifat ini muncul dari ketakutan kepada Allah dan perasaan bahawa Allah sentiasa memperhatikan segala gerak-gerinya. ini merupakan definisi malu dalam pandangan syariat.

makna malu menurut bahasa adalah perasaan surut atau enggan, yang timbul dan dialami seorang manusia kerana kekhuatiran dirinya untuk melakukan sesuatu. jika sesuatu itu dilakukan, ia akan mendapat celaan atau hinaan.

sifat malu ini dapat memelihara orang yang memilikinya sehingga tidak tergelincir ke dalam lubang-lubang kejahatan mahupun kemaksiatan. sifat malu dapat mendorongnya ke arah jalan kebaikan, kemuliaan dan kesalehan. sifat malu dapat mencegah pemiliknya daripada setiap perbuatan mungkar dan maksiat.

menurut sebahagian ulama, tingkatan malu yang paling tinggi adalah malu kepada Allah iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepadaNya dan berusaha agar dirinya melakukan apa yang dilarangNya. seseorang yang mempunyai sifat malu akan memiliki rasa takut terhadap Allah dan terhadap tipu daya dunia serta ancaman azab di kahirat. dia akan selalu menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

namun begitu, malu tidak dibenarkan bagi orang yang menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama.

rujukan: buku 'di bawah bimbingan Rasul', karangan Dr.Ahmad Umar Hasyim


No comments:

Post a Comment